..........................................................

Wednesday, August 24, 2011

Kuih Raya, Kad Raya & Duit Raya

Hmm..malam ni dah malam ke 25 ramadhan...dah dekat sebulan ye kita puasa. Tahun depan ntah sempat ke tidak sambut ramadhan lagi...takutnya! Tapi sentiasa doa semoga panjang umur, insyaAllah.

Pagi tadi kami keluar lagi ke kedai..mencari kasut raya A&A pulak. Alhamdulillah settle lah yg dorang tu..cuma butang baju melayu la pulak lupa nak beli..takpe, nanti lah..kicik punya hal je itu.

Lepas beli2 barang, kami ke arah Bangi pulak. Ayah nak jumpa kawan lama kat AADK. aduhai...kawan Ayah ni setiap tahun mesti sms Ayah suruh gi jumpa dia kat opis sebab nak bagi kuih raya. Tart Nenas dia memang best pun. Sejak 5 tahun kami duk Sandakan memang tiap tahun balik raya belum pernah miss pegi jumpa dia. Kadang2 tu malu jugak. Tapi niat pergi tu untuk mengeratkan silaturrahim, bukan lah sebab Tart Nenas tu. Dan seperti biasa lah, bila gi jumpa kawan2 Ayah, A&A macam pegi kutip duit raya pulak...huhuuu...segan rasanya. Tapi nak buat cemana, dah rezeki budak2 kan time raya macam ni.


2 comments: