..........................................................

Tuesday, August 23, 2011

Day 5 @ Sg Serai




Halooo..lamanya tak update blog...cemana nak update nya start hari balik sini, sampai hari ni baru berkesempatan on laptop sendiri. Kalau tak, intai2 internet dari ipad Ayah je.

Waduh...seronoknya dah berada kat sini. Hari 19hb tu, kami jejak KLIA jam 4.15 ptg...alhamdulillah sebab semuanya ok..A&A pun tak banyak kerenah sepanjang penerbangan. Malam nya terus bermalam di Sg Serai..Ayah Long & sepupu2 Ayah pun ada tido kat rumah Atok. Seronok bersahur & berbuka ramai2 selama 2 hari tu. Pecah rekod la balik kali ni tak terjah kedai selama 2 hari. hahaha...satu pencapaian yg baik...

Semalam (isnin) baru la kami keluar cari persiapan raya. Ingat bole setel la semalam, x setel jugak....kasut A&A belum sempat nak beli. Biasalah, Alisya sokmo buat siaran tergendala...tanak duk stroller la..ngamuk la...berak la...memang menguji kesabaran. Semalam keluar rumah kul 10 pagi, sampai rumah semula pukul 11 malam. Tido pukul 12 lebih...eh eh bukan le shopping 12 jam ye, kami singgah melepak rumah Abg Syamil jugak.

Hari ni ketiduran lepas subuh, Mama sedar dah kul 9 pagi. Gilo!! dah le umah Atok ni mmg tak masuk cahaya panas kalau awal pagi...tambah plak cuaca yg mendung je hari ni.lagi lerrrr siok. Smlm...lailatul qadar ke?

ok la, nak gi jengok Nenek & assistants kat dapo...dorang nak bikin sekut raya...rasanya hari ni tak keluar kot...tapi tatau le.hehehe

No comments:

Post a Comment