..........................................................

Sunday, June 26, 2011

Beza Muffin & Cup Cake...

Baru jap tadi Ayah sms Mama...tanya Mama buat muffin tak? Eh ehhh..tetiba je tanya ni..ada bisnes mau masuk ka?hehe...Mama cakap la, muffin belum pernah buat, kalau cupcake pernah la..Sekali Ayah tanya lagi apa pulak bezanya muffin & cupcake? Haa sudah! Mama sebagai orang yg tak berapa pandai ni, jawab je la macam ni...

"kalau muffin, tekstur dia padat & berat...kalau cupcake tu macam kek jugak cuma buh dalam cup je"

Rupanya kawan Ayah duk tanya Ayah pasal kuih2 yg Mama jual...ohhh...
Hmmm...Mama pun cepat2 lah google jawapan yg sebenar2 nya...

1) ni dari blog http://dolcedibel.blogspot.com ....
Dari segi rupa, cupcakes biasanya ada topping atau icing sementara muffin pula di makan kosong sebab di dalamnya sudah ada pelbagai ingredients macam buah campuran, kekacang, cip coklat dan berbagai lagi. Biasanya cupcakes ni di makan sewaktu parti atau sambutan hari istimewa manakala muffin pula di waktu minum pagi atau petang.

Dari segi teknikal, cupcakes mempunyai texture yang ringan dan gebu manakala muffin mempunyai texture yang kasar dan agak 'berat' Kalau kita baling cupcakes ke dinding, kemungkinan kita nak dengar bunyi tu tiada atau sgt perlahan tapi kalau kita baling muffin ke dinding, kita akan dapat dengar bunyi macam 'thuds' gitu. But pleasee...jangan baling itu muffin atau cupcakes ke dinding ok! Muffin juga tak semestinya manis seperti cupcakes. Ia boleh jadi sedikit pedas, savoury atau juga plain.

2) ni dari blog http://citarasawan.blogspot.com ....
Muffin dan Cupcake kelihatan sama tetapi sebenarnya ia berbeza dari tekstur dan kaedah penyediaanya. Cupcake atau Kek cawan adalah kek kecil, adunan yang sama dengan kek biasa, teksturnya lembut dan di reka untuk hidangan bagi seorang. Cara membakarnya juga adalah sama dengan membakar kek iaitu pada suhu 180C selama selama 20-25 minit bergantung kepada saiz cupcake.
Muffin pula kelihatan seakan cupcakes kerana di hidang dengan cara yang sama iaitu dalam bekas kecil juga di reka untuk hidangan bagi seorang. Teksturnya lebih kasar dan biasanya menggunakan gula biasa dan bukannya gula halus. Jika membuat muffin, adunan tidak boleh di pukul terlalu lama, cukup sekadar kaup balik hingga bergaul rata. Adunan yang di pukul lama menyebabkan banyak udara masuk dan tidak dapat mengikat adunan dan itulah yang menyebabkan ia sukar untuk kembang, malah ia akan jatuh. Cara membakarnya pula adalah pada suhu yang lebih tinggi iaitu 180C - 200C selama 20-25 minit bergantung kepada saiz muffin. Untuk mendapat muffin yang merekah dan lembut gunakan double action baking powder dan bakar pada suhu 200C.


Ada lagi banyak yg duk cerita pasal beza dia..tapi semuanya lebih kurang je..

1 comment: