Ni haa lagi...
diambil dari http://ann-dehouzze.blogspot.com
Kaedah Asas
Untuk membuat kek mentega, kaedah yang digunakan ialah kaedah mengkerim. Kaedah mengkerim ialah memukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.Kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Untuk membuat kek span pula, kaedah membuih (foaming) pula digunakan iaitu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang dan gebu, barulah dimasukkan bahan-bahan lain.
Lain-lain perkara yang perlu diketahui ialah :
(a). Setengah jam sebelum memulakan kerja, keluarkan mentega dan telur dari peti sejuk supaya berada dalam suhu bilik. Jika guna mentega yang keras, agak sukar untuk memukulnya. Telur yang sejuk pula lambat kembang. Sediakan bahan-bahan lain di atas meja.
(b). Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek kedalamnya. Adunan kek akan bertindakbalas lebih cepat dalam ketuhar yang panas.
(d) Jangan buka pintu ketuhar sebelum kek set. Dalam 30 minit pertama , kek sedang naik dan mengembang.Jika dibuka ketuhar,haba akan keluar dan proses mengembang akan terbantut. Kek akan jadi mendap.
(e) Baca arahan dalam resipi dengan teliti untuk menentukan kaedah yang digunakan.
(f) Bahan-bahan kering seperti tepung kek, serbuk penaik, soda atau koko hendaklah diayak bersama.
(g) Buat resipi yang mudah dulu seperti Kek Mentega Vanila, Kek Mentega Oren dan lain-lain.
Kalau rajin, baca lagi kat bawah ni...
dicedok dari http://izanman.fotopages.com
Petua2 buat kek...
1) nak tahu dah cukup kembang ke tak . Senduk adunan butter & gula yg dipukul tadi dgn senduk kayu ...lps tu tuang semula...kalau nampak mcm nak jatuh adunan tu kira dah kembang la tu...
2) Kalau x de mixer, pukul dgn senduk kayu...1 arah shj...kalau ikut jam, ikut jam sampai habis...jgn caca-merba
3) Oven kena panaskan dulu sblm masukkan kek
4) Kedudukan tempat dlm oven gak...ngah dah lupa pasal ni...tapi ngah biasa letak kat tgh2
Lain2 tips- copy dr internet
- Pastikan mentega tidak terlalu keras atau terlalu lembik.
- Ratakan sekeliling adunan kek (sebelum dibakar) dan pastikan bahagian tengahnya 'berlubang' supaya ia rata bila masak nanti.
-Telur dan butter letak kat luar suhu bilik sampai lembut butter dan telur tak sejuk.
-Guna speed medium hand mixer, pukul gula ngan butter skali masuk sampai lembut kaler kuning pucat or fluffy skit. Tak boleh terlebih pukul. Kalu nampak butter ngan gula separate maknanye terlebih pukul.
-Slowkan speed mixer tapi jangan padam. Perlahan² pecahkan sebiji telur kedalam mangkuk gula+butter tadik. Pukul sampai rata / tak nampak telur lagi. Ulang teknik ini sampai telur habis. INgat: JANGAN LETAK HIGH/MEDIUM SPEED. Pukul adunan sampai tak nampak traces of eggs.
- Bila dah abis telur, berhenti pukul. Dengan spatula leper, kaup satu scoop tepung kedalam adunan. Bancuh tepung dengan adunan perlahan² dengan cara scooping. Jangan buat cara putar. Caranya: masukkan spatula seolah2 cam nak scoop, scoop adunan, n then scoop kat tempat lain plak. THIS IS IMPORTANT TO REDUCE THE AMOUNT OF AIR LOSS.
-Last skali baru masuk perasa kek. Kalu guna essence, letak skang. Kalu gune oren/lemon, letak skang. Cara gaul perasa ni sama cam gaul tepung tadi.
Important:
1. JANGAN LUPA BIARKAN TELUR NGAN BUTTER DALAM SUHU BILIK SEBELUM STAT MASAK.
2. SUHU OVEN 350F/178C
3. JANGAN TERLEBIH PUKUL BUTTER. KALU DAH SIAP Semua NAK BAKAR, TENGOK ADUNAN BUTTER TERASING DARI ADUNAN MAKNaNYa TAK JADIK KEK TU.
4. KALaU NAK BUAT DUA ADUANAN, DOUBLEKAN SUKATAN BAHAN².
5. LAST TAPI PENTING SKALIK, BARANG UTENSILS YANG DIGUNAKAN, SATU PUN TAKLEH BASAH. BASAH TAK JADI.
Okeh...ni je kot..
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
tips yang sangat membantu beginners macam saya
ReplyDelete