..........................................................

Wednesday, May 16, 2012

H.F.M.D ...

Assalamualaikum.. Baru nak bertenang sbb si anak dara dah tido..aduhai...3 hari badan lemau je..aura sakit berlegar2 dalam rumah ni.. Bermulanya lepas balik skolah hari Isnin, Afiq bagitau "mama, ada polka dot banyak kat kaki saya" .... makkk aii, polka dot you! Sekali check kaki & tangan mmg ada dot-dot merah...dalam hati mmg dah agak dah HFMD. Kena lagi??? dulu masa Afiq umur setahun lebih pernah kena. Tapi tak teruk la. Kali ni pun macam x teruk, alhamdulillah... isnin malam terus g klinik. Maka CONFIRM lah hfmd. Si Alisya pun dah ada tanda2 awal nak kena.. Selasa Alisya mula naik dot2 lagi di kaki...& mulut. Dan demam jugak..Tapi ok lagi dapat makan minum main mcm biasa.... Hari ni, Afiq mmg nampak totally ok...dots kat tangan & kaki pun dah kecut..Tapi Alisya getting worse bila she refused to makan/minum. Merengekkkkk je sepanjang hari. Ayah terpaksa ponteng kursus sehari ni. Malam punya sesi baru Ayah pergi..itu pun dah lewat. ok sambung cite hari ni. Pagi2 lagi kami buat 2nd visit kat klinik yg sama. Hmm...doctor situ terus buat surat refer kpd Emergency Dept Hosp Duchess of Kent. Alaaahai...Bercinta lah kalau bab nak kena pergi termenung kat spital ni..dah konpem2 sure petang baru dpt turn. Balik drp klinik, kami balik rumah..tak pergi pun hospital..huhuuu.. Bila balik rumah Alisya memang xnak makan & minum...ulcer kat mulut mcm makin banyak..kat lidah pun ada..sedih tengok tapi temperature naik jugak mama ni... Nasib le Ayah cool...hehe...Tak kena kira, malam bawak jumpa Paed yg kami biasa pergi tu.. Seperti biasa, lepas jumpa dia..terus Allah bagi hati kita ni tenang sikit. Takde pulak dia suruh bawak g spital. Kata doc, penyakit ni biasa kalau kena pun skali je. Macam chicken pox & the gang tu lah....bila dah kena skali, badan kita dpt imuniti utklawan virus tu seumur hidup. Biasanya! Bukan semestinya sekali la. oooo patut la ada org kena 2x chicken pox. Hmmm panjang lebar menaip..ok la..sakit mata taip dalam gelap..nak tido sementara si alisya tido..harap2 mlm ni x mcm semalam...asik terjaga je.

2 comments:

  1. kesianya alisya,resah gelisah je kan hati kita ni sbg ibu buat apa pun x tenang bila ank x siht..semoga alisya cpt sembuh.

    ReplyDelete