..........................................................

Friday, December 16, 2011

Bersyukurlah...

Entry pagi jumaat yang tgh hujan lebat & gelap gelita...

Assalamualaikum...
Pagi ni brekpes nugget & potato fries aje....malas nak masak2 sbb biasa lah, jumaat memang Mama siap masak awal..dah terbiasa, walhal lps solat jumaat jugak baru Ayah balik makan. Bahan2 mentah pun takde sangat, ada ikan kembong je 3-4 ekor...utk Mama Ayah ok dah tu, boleh cicah budu. Budak 2 beradik ni..telur pun ada sebijik je...takpe takpe, kita paksa makan ikan jugak.

Semalam Ayah bawak balik payslip terbaru....alhamdulillah Pok Najib bagi bonus lagi bulan ni...masa raya hari tu dah merasa separuh, bln ni rasa lagi separuh...

Berapa banyak pun dapat, mesti tak kan cukup kalau tak reti nak syukur...kan kan? na'uzubillah...mintak jauh dari jadi sebahagian dari golongan org2 yg kufur nikmat...

2 comments: