..........................................................

Friday, December 30, 2011

ustaz afiq don & ustazah sya bling2

layannnnn.....
hehhehhehe


Jumaat & Al-Kahfi..

Assalamualaikum..
Hari Jumaat, antara perkara sunat yang selalu disebut2 ialah membaca surah Al-Kahfi. Surah Al-Kahfi ada 110 ayat. Banyak terbaca bahawa, elok kalau kita hafal 10 ayat pertama surah ini. Antara kelebihan surah ni....(yang sempat di google tadi)

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


*credit to http://pkasih.blogspot.com

Thursday, December 29, 2011

Rumahku Sekolahku

Tup tap tup tap..dah hari khamis..
esok jumaat...bagi orang bekerja, esok adalah hari terakhir bekerja utk tahun 2011..
hmmmm...tahun depan pulak baru punch card kan!hehe...

Pagi ni Alhamdulillah...terang jugak cuaca..3x mendobi..baju2, selimut2 & last skali alas2 kaki....fuh! sangat puashati!!

Lepas siap makan, mandi semua...Mama ajak A&A masuk bilik toys & main skolah2...huhuuu suka lah dorang...haa sambil dorang duk nulis2, sempat lah mama setelkan sapu2 kat bhgn luar...


**tengok! tak tinggal periuk hijau dia tu..

ni opis mama...berselirat wayar macam kat ICU kan..takpelah, janji bahgia!

Wednesday, December 28, 2011

Tak perlu kata apa-apa....

Senyum...
Tak perlu kata apa-apa.......








Budak lain ke sana ke mari berkepit dgn teddy bear...barbie...doll...cik mek molek ni, Mama perasan seminggu dua ni asyik berkepit dengan periuk mainan dia yg hijau tu..(tgk gambar)....nak tido malam bawak, nak mandi pun bawak...kalau hilang mula lah tanya mama "mana masyak-masyak sya?".... nak jadi chef ye anak mama ni?

Monday, December 26, 2011

3 hari berhujan..

cuti 3 hari yang aaaaaamat-amat panjang!
lepas hujan, hujan, lepas stop, hujan, lepas hujan, stop..begitu lah dari sabtu sampai lah tika dan saat ini...tapi keluar, tetap la keluar jugak....gilerrrr mati kutu kalau tak keluar rasanya. Tapi keluar pagi je lah, lepas tu perintah berkurung je la..

sekarang lepak2 guling2 ngadap fb dalam bilik toys A&A..smalam baru kemas2 bilik ni...skrg dah jadi bilik toys & juga Mama punya workstation.hahaha....

esok orang dah kembali bekerja.....& Mama pun kerja, kerja, kerja...

Sunday, December 25, 2011

Masak2 di hari cuti...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah cuaca hari ni better than yesterday. Semalam macam tak stop hujan. Kalau stop pun sekejap bebeno. Seharian!!
Tapi keluar tetap keluar, sebab memang nak kena top up makanan. Ye la, kalau ujan terusan x stop, buatnya banjir tak leh keluar...mmg susah la kan.
Sempat la pagi smlm breakfast di McD. Wahhh macam tak caya boleh jugak merasa McD Sandakan! haha....
Malam, kebosanan! Tetiba kul 11 terasa macam nak keluar...chewahhhh McD lagi. Huhuuu..kali ni drive thru je sbb sangat lah penuh kat dalam restoren. Sejak bila orang2 Sdk pandai keluar lewat malam ni??

Hari ni pun keluar jugak....jalan2 melawat kawasan..pastu gi ngeteh la apalagi. Pastu di rumah la kami seharian lagi...esok tinggal lagi 1 hari...ntah hujan ntah panas...hmmmm..


kuih cara buat ptg smalam sebab kawan Mama nak datang..hehe dia bagi taufufah yg dia buat.



nasik kerabu bodo-bodo...slalu fail bab kuah tumis tu...boleh laaa daripada takde kan..hehe..pastu jiran bagi pulak mee sizzling..sungguh mengenyangkan..dari lunch membawak ke dinner la menu itu.

Saturday, December 24, 2011

Ayat-ayat Alisya...

1)
Suatu malam, Mama ajarkan Alisya nama2 part of our body...in Malay lah Mama ajar. Pagi keesokannya Mama nak buat revision lah konon. Lalu Mama pun tunjuk & tanya apakah namanya. Tunjuk dahi, Alisya jawab dahi. Tunjuk mulut, Alisya jawab mulut. Dan banyak lah lagi, semuanya betul. Mama pun tunjuk pusat, jawab Alisya "PULAT". Mama gelak, Mama betulkan. Tunjuk lagi. Kali ni tunjuk lutut, Alisya jawab "MULUTUT". kahkahkahhhh boleh pulak dia sambung mulut & lutut.


2)
Ketika dalam kereta tadi, dekat area parking pasar. Tiba2 Alisya kata "wahhh Mama, banyaknya kereta syeksyi..." pulak dahhhh..! Teksi bah itu, Alisya.


3)
Sekarang Mama ada la ajar sikit2 Alisya utk x pakai diapers. Tapi biasanya bila Alisya dah uk-uk lah. Tapi yg parah, kalau 2 jam x pakai diaper, memang x akan kencing. Satu petang, Mama dalam bilik air, Alisya cakap kat Ayah yang dia nak kencing. Berlari2 la si Ayah bawak anaknya masuk toilet. Dengan muka panik nya takut Alisya terkencing kat lantai. Elok je duduk atas toilet tu, tetiba Alisya cakap "sya tak ada (toooottt) macam abang, camana sya nak kencing". Sudahnya keluar semula & x kencing pun. Susah betul! pening gak den nak train, macam dia percaya tak de toottt maka x bole kencing..camno?

Friday, December 23, 2011

Longggg weekend

salam jumaat..
separuh pertama hari ni wa manyak busy wooo....tp tetap la kena masak jugak...bhn dlm peti pun dah surut jadi pandai2 lah nak hidup kan...mana bole citer lelebih, rahsia rumahtangga...huhuhu...

ni baru lepas solat zohor..jap lagi Ayah balik masjid lah....alisya pun dah selamat "belayar"..tinggal si abang duk tergedik2 lagi ni main dlm "rumah baru" dia...dah settle nasik 2 pinggan tu...senang hati mama..

petang ni rilek2 skit...nak buat apa ye?
yg pasti esok lusa & tulat cuti......yg yang sememangnya pasti kami x kemana2....stakat
mengabihkan boreh di rumah ajo lah.....kelas piano Afiq pun cuti minggu ni for krismas...jadi sangat banyakkk masa free...gi kolam laa kot.

ok semua....selamat berhujung minggu.....hati2 di jalanraya bagi yg plan nak cuti2 mesia..

Thursday, December 22, 2011

McDonalds di Sdk...



Akhirnya setelah 5 tahun menanti kemunculan McD di sdk ni....muncul lah juga. Semalam pembukaan tapi kami x gi jengok pun...mesti kecik hati tokey tu kan? ish ish ish...

Dah agak dah sure sesak laa tu semalam...skali memang ye pun, ramai yg limpas2 di situ cakap ramainya umat duk drive-thru & kat kaunter dalam...huhuuu tak syanggop makkkk...

Tapi keinginan nak menikmati prosperity burger dah membuak2 ni...Ayah ajak serang lunch ni tapi malas lah...masak nasik lauk simple2 pun ok dah, nanti malam baru kita gi tengok..

Wednesday, December 21, 2011

Berbagai karekter...

Kalau Alisya nak layan citer boboiboy, mesti cari topi merah & pakai....topi tu dah lama, masa Afiq kecik baby lagi tu....kadang2 gi jalan pun Alisya bawak topi ni...geram betul tau!



Semalam kami buat rombongan melawat baby...pagi 1 baby, petang lak 1 baby....gambar ni mama snapped lepas wrap2 hadiah tu la...tu kekonon pakai tudung la nak gi tgk baby...dah gaya mokcik2 dah pulak mama tengok..siap suruh mama pin kan lagi tu...sabau je la.

Tuesday, December 20, 2011

ATM to DEBIT CARD

yuhuu..
jom bertukar kepada debit kad pulak...hehe
sama macam ATM kad tapi ada extra feature la..iaitu boleh guna mcm kad kredit TAPI amount yg dibelanjakan akan terus ditolak dari akaun...dah lama mende alah ni tapi Mama yg baru tukar...kad atm Mama tu dah lama sangat la..lebih 10 tahun kot..maklum la duit tak berapa banyak jadi kurang le nak withdraw pitissss.

Ziarah-menziarahi...

Selamat pagi..
Sedapnya bau nasik goreng Mama...hehe...tapi blum makan...
Mendung je nampak pagi ni...takpelah, asal jangan hujan dah ler ye...kami nak keluar ni. Ayah gi opis la..tapi kami 3 beranak nak gi tengok baby. Baby Cik Ju..dah 3 bulan lebih dah kot tapi sbb baru balik ke Sdk, jadi baru nak gi berkenalan lah ni.

Semalam kami ke rumah Cik Eila. Konon2 nak lawat Cik Jas la...tapi alhamdulillah nampak dah ok dah skit kaki Cik Jas. Kami pergi bawak Pizza...hehe...surprise utk birthday Cik Eila...tapi skek je..x lama lepas kami sampai, ada pulak 1 family lagi sampai...maka jadi lah pizza tu rezeki ramai2..berkat berkat.

Makin lama jadi makin seronok pulak duk sini. Ehemmmm...betul ker? ehh betul ler...hehehehehe..

Monday, December 19, 2011

Durian !!



Sejak balik sini lepas raya hari tu, duk tercari2 lah durian kat sdk ni. Hampeh...memang susah nak dapat.

Baru sebulan kebelakangan ni kot yg baru ada...tapi ya ampun punya mahal lahh tak sanggup nak beli...nasib le Mama bukan hantu durian..jadi boleh bawak2 bersabar lagi lah.

Masa sabtu baru ni, tergerak hati nak jengok 1 lori yg jual durian..tengok yg kat dalam polisterin la...kat luar nya tulis RM10..wahhh murah sudah! bukak polisterin tengok isi cantik je..siap ku tekan2 lagi isinya...elok je lembut..maka beli lah...

sedap nya......ada 6 ulas..Mama makan 5, tinggalkan 1 ulas utk Ayah...itupun setelah berapa kali tanya Ayah..last2 Ayah baru la cakap ok lah tinggal le 1 ulas utk Ayah. huhhh apa laaa Ayah ni. Budak dua beradik lagi ler tengok Mama makan muka dorang dah semacam je...hehehe...

Sunday, December 18, 2011

Tinggal bertiga..

Malam ni kami makan kat luar je...kemalasan melanda.
Tapi ok la kan, breakfast makan roti + omelet....lunch masak jugak & dah licin dan2 tu jugak...minum petang pulak makan cheese tart fresh from oven...malam surrender laaa...fenat tau lama2 kat dapo..huhuhuuu...

Balik dari makan, kami tinggal le bertiga...Ayah keluar dgn geng bujang tengok Mission Impossible...ye lah kasi can laaa kan syekali-syekala nak hang-out dgn kawan2, asalkan jangan tiap2 malam sudah la ye...itu sudah over namanya.

Alisya dah Zzzzz dpn tv ni sambil2 Mama layan Masterchef tadi..tinggallah lagi sorang tu x tido lagi...emmm..Kunci rumah Ayah bawak skali, jadi mari lah kita slow2 landing :)

Diary 2011

salam pagi semua..
sambil2 tengok Tanyalah Ustaz, sambil update blog...
subhanallah...banyak dapat ilmu dari ustaz sharhan selama 2 hari ni..semoga apa ilmu yg dapat ni, boleh dimanfaatkan utk diri sendiri, keluarga & kawan2...insyaAllah.

haa..x lama dah nak masuk tahun baru...tapi kalendar baru ada 1...itupun kalendar meja...diari? takdok.....dah cari2 jugak kat sini tapi tak cantik lah...pesen lama punya diari...x syiokkkk lah.

Mama pun ada diari?ehh mesti lah...huuu kalau u all tengok dalam ni, macam2 ado....hehe dgn order kuih nya, dgn attendance tusyen nya, dgn bank transaction nya...& yang paling berharga ialah ilmu2 yg dapat dari TV...ye lah, kita x dapat gi dengar tazkirah di masjid jadi ada peluang tengok kat tv, kita salin la yg mana penting tu kan...& menghadiri majlis ilmu itu salah satu cara utk elakkan seksa kubur...insyaAllah..

Saturday, December 17, 2011

5 tahun sudah....di SDK.

17dec2011..
genap 5 tahun jejak kaki di Sdk...
Mama & Afiq la...Ayah lebih 2 minggu dari kami..sebab Ayah datang sorang dulu on 5th dec 2006 tak silap..
Pejam celik je kan? ehhh ye ke?
iyer la...pejam celik laa takkan pejam tak celik2, ye tak.

Banyakkkkkk sangat kenangan kat sini...dari mula nak kenal erti hidup berumahtangga hinggalah sekarang dah berempat...slow2 sesuaikan diri dgn persekitaran sini & kawan2 di sini. Dan syukur Alhamdulillah...semuanya ok je hingga lah sekarang....awal2 duk sini ada lah datang jugak perasaan bosan...tapi bila dah ada 2 prebet kecik ni kan, x sempat nak bosan ler...bosan skit2 tu biasa lah kot cuma takde lah bosan + homesick...hehehe...

Orait..abis kisah tu..
tadi Ayah ajak tengok wayang..mulanya Ayah nak tengok mission imposible...tapi agak2 lah kannnnnn bawak A&A ni...dan Mama pun x berapa nak minat cerita mcm tu...Mama suruh Ayah komplot dgn geng2 bujang je kalau nak tgk MI....so tadi kami pun pegi lah jugak, tengok Alvin & the chipmunks....balik wayang, lapar...makan kat kfc...The same lunch we had 5 tahun yang lalu...what a coincidence! hehehe..

Friday, December 16, 2011

Bersyukurlah...

Entry pagi jumaat yang tgh hujan lebat & gelap gelita...

Assalamualaikum...
Pagi ni brekpes nugget & potato fries aje....malas nak masak2 sbb biasa lah, jumaat memang Mama siap masak awal..dah terbiasa, walhal lps solat jumaat jugak baru Ayah balik makan. Bahan2 mentah pun takde sangat, ada ikan kembong je 3-4 ekor...utk Mama Ayah ok dah tu, boleh cicah budu. Budak 2 beradik ni..telur pun ada sebijik je...takpe takpe, kita paksa makan ikan jugak.

Semalam Ayah bawak balik payslip terbaru....alhamdulillah Pok Najib bagi bonus lagi bulan ni...masa raya hari tu dah merasa separuh, bln ni rasa lagi separuh...

Berapa banyak pun dapat, mesti tak kan cukup kalau tak reti nak syukur...kan kan? na'uzubillah...mintak jauh dari jadi sebahagian dari golongan org2 yg kufur nikmat...

Wednesday, December 14, 2011

Hancur luluh....

Hari ni kan, rasa nak goreng keropok keping...ada lagi 1 peket tersorok dalam container beso tu...

Dengan semangat waja menyelongkar kabinet....naahh jumpa sudah! sekali tengok, dah berbubuk sakan dalam tu...ya Allah...cuba bayang apa perasaan masa tu? dah le itu peket yg terakhir kan...hmmmm...nasib le aku tak mengidam..kalau tak jenuh nak tunggu bulan 2 baru boleh makang kepok ikanggggg!!

Tuesday, December 13, 2011

3 x spagethi...

waduh waduh...malas yang membawa sengsara...sengsara ke??
hehe...ye lah, hari ni Mama masak spagethi pukul 11 tadi...maka sampai ke malam lah jadinya makan menu tu..

tekak rasa nak layan roti canai je..bosan dah skrg makan berat...rasa nak makan ringan2 je malam ni...lgpun ptg tadi abih tusyen Mama dah makan dah spagethi..lepas ni agaknya 3 bulan lagi baru terasa nak buat spagethi lagi kot?huhuuu...

ok, berbalik cite dinner...ingat nak layan roti canai...tp malas pulak nak keluar...
hmmmm.....akhirnya, makan le potato fries cicah mayonis & sos cili...mcm biasa lah, yg lebih2 makan nya ialah Afiq la..sekarang perut ada lagi kosong ni..hmmm...takpe lah, buat2 macam kenyang la kan..esok pagi buat nasik lemak jommm..

SBPA....SBPA...

Minggu ni macam dah kurang dah "kepanasan" topik SBPA...kalau minggu lepas, bukak fb je mcm2 org post pasal SBPA....u all tau ke SBPA? bukan botol susu yg BPA free tu ye...hehehhehe...kalau tatau sila tanya pokcik google...

Hari ni Ayah ada taklimat pasal SBPA..ntah le apa ceritanya tu...tapi kan, maap cakap la ye, walaupun Mama ni surirumah je, tp sekali imbas nampak macam tah hape2 je SBPA ni...utk yg jawatan Ayah ni laa...jawatan yg lain2 Mama tak tau la kan, tak arif sangat...cewahhh macam le arif sangat bab2 jawatan Ayah tu, tapi maksudnya macam sekali imbas...haaa begitu la....huraian utk statement ni tak perlu la nak dipanjang2 kan di sini...huhuhuu...

Takpe lah, kita tunggu apa citer Ayah petang nanti...harap2 banyak yg bagus dari tak bagus...

Monday, December 12, 2011

Brownies pulak..

Dah lama tak makan brownies..
So semalam siap beli seme bahan2 nya, maka projek brownies la.
Brownies macam biasa tu jugak cuma kali ni bertukar rupa skek..

Sunday, December 11, 2011

Chicken Chop ke...?

Hek hek...
semalam menunaikan jugak lah hajat di hati untuk buat Chicken Chop...
azam dah tertanam sejak tengok Cik Ila buat masa berbuka poser kat umah Atok Nordin baru ni..nampak macam senang kan...haaa mmg senang...tp tu lah, 1st time buat , banyak lagi nak kena improve...terutama nya tang gravy nya tu...semalam yg silapnya agak cair & kaler kurang gelap....lagi satu aksesori nya pun x lengkap....brokoli takde, mashed potato pun x buat....huhuhu....practice makes perfect kan, so nanti kalau rajin bole cuba lagi...

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan 10 Dis 2011

-dipetik dari http://akob73.blogspot.com-
Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari. Terdapat juga sesetengah pihak tatkala apabila mengalami peristiwa gerhana bulan mahupun matahari, namun mereka hanya melihat kejadian ini sebagai satu perkara yang luar biasa. Tidak kurang pula yang mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik. Namun kejadian gerhana ini hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mentadbir seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf).


Subhanallah...Allahuakbar!
Malam ni first time dapat tengok Gerhana Bulan! Mama panggil A&A pun tengok sama...tp mungkin terlalu kecil kot utk memahami apa itu gerhana bulan...tapi takpe la, nanti bila korang dah beso, bila ada lagi kejadian macam ni sure korang ingat yg Mama pernah tunjuk suatu masa dulu...insyaAllah :)

Friday, December 9, 2011

Gajah sesat?

INI ENTRY YANG DIKARANG PADA JUMAAT 9/12/2011..
Menci betul, punya la susah nak upload gambar..tu pasal bertangguh2 entry yg ni..hari ni baru boleh upload..
.
.
.

Minggu ni kan...ramai warga ilpsdk duk citer pasal gajah..
orang cakap2 ada gajah kat Kompleks Sukan tepi ilp ni haa...ingatkan ada event gajah ke apa..teruja la jugak nak g tengok..
so petang semalam, Ayah ajak la pegi meninjau ..... hampa...takde pung!
cari gajah takde....last2 kami layan bapak2 gajah duk main bola sepak...stop kereta tepi jalan, lepak tepi bukit...seronoknya sekali2 bila buat aktiviti yg jarang2 dibuat...sorang lalu hon, sorang lalu hon...mana taknya...itu kan "wilayah" kami...hahahaha...






Pagi ni Ayah pergi keje jalan kaki...sebab Mama nak bawak A&A gi tengok gajah... ada yg kata gajah tu ada waktu pagi je..naaa skali betul, memang ada! wooo besar...teringat masa kami jalan2 kat Zoo Melaka last year...kami tengok dari jauh je la, segan lah Mama nak gi mengayat pokcik yg jaga gajah tu kan...rasanya gajah tu datang dari Jabatan Hidupan Liar...sebab kakitangan Jabatan tu ada acara sukan kat Kompleks Sukan.

Thursday, December 8, 2011

Undangan dari seberang...

Musim cuti sekolah kan..maka sama la dengan musim kenduri kawen...semalam dapat 1 kad...jemputan kenduri kawan Ayah & kira kawan Mama jugak lah kan..
punya lah cantik kad nya...berapa hengget laa satu keping tu ye...kertas tebal lagi tu cover nya....tp Ayah cakap takde la semua dapat kad camtu...ehem, kira kami ni spesel jugak la ye, dpt kad cantik.. hehehe..kat dalam siap ada calendar 2012..hehe...
lagi satu kan...skarang mmg org buh koordinat GPS skali ehh ...huhuuu maklum la kita jarang dapat kad kan...kalau dpt yg kat sdkn ni biasa2 je la..

apa pun ceritanya..tetap kami x dapat nak pergi...jauh nunnnn di seberang laut....takpe lah kan, mendoakn dari jauh...semoga pasangan pengantin beroleh keberkatan dalam rumahtangga & kekal bahagia hingga hujung nyawa..aminnn

Wednesday, December 7, 2011

Cupcake lagi...pink karerrr

nahh hasil utk pagi tadi..
bila hari hujan, kena mengaktifkan diri ...
resepi yg sama mcm buat last weekend, cuma tukar colour je..hehe.
senang buat kecik2 dlm cup tu bkn apa, takyah potong, terus ngap masuk mulut budak2 ni kan..layannnn...

Hari-hari kena pikir....hmmm.

Morning guyss...
apa kabo?pagi ni kat sdk hujan...kul 7 kitorang baru terjaga..ambik kauuuuuu..subuh dinosour terus....yg Ayah pulak, bangun mandi solat...keluar depan tv dengan singlet & kain pelikat ....ecececeh bahagia nampak?cuti ker??? skali rupanya Ayah ingat baru kul 6.15...huahuahuahuaaaa...hujan punya pasal kan...nasib la kan duk kuarters, dan2 tu tuko unipom sempat lagi nak punch kad kul 7.30..nikmat nikmat.

dah bangun mandi seme ngadap fb...mesti ngadap fb...macam acara wajib...ha'ahhh wajib bah itu nak warm-up utk keje2 seterusnya...sambil2 berfikir nak sarapan apa ni anak2 wehhhh...

tiap2 hari kena pikir sarapan...lomah!

Monday, December 5, 2011

Kejap happy kejap sedih...begitu lah lumrahnya.

Elo elo everybody..

hari ni dah 5 hb..esok 6 hb, lusa 7 hb...dijangka Yong & Abah Zul akan jejak bumi Malaysia kembali setelah sebulan lebih di Makkah & Madinah.

hmmmm...mendung je dari pagi..Mama masak lauk kurma ayam je, jap lagi Ayah balik baru Mama nak goreng telur dadar & sayur skit..Afiq & Alisya dah 2x makan nasik..dorang ni kalau lauk ayam mmg laju je laaa...ish!

dah pukul 4.30ptg..maka bole la online dgn laptop Mama...line dah tak kena block kan...bukak je fb terbaca la berita dari Mak Long si A&A kat Putrajaya nun...kalau x silap Mama 2 mggu lepas, Mak Long bgtau doc buat scan, macam kembar tau..tapi tak pasti lagi...kena tunggu 5hb , iaitu hari ni lah utk scan lagi skali ... dalam duk teringat nak sms Mak Long, tetiba Mak Long dah post dulu kat fb....rupanya kembar yg diangankan itu tak menjadi...usahkan 2, 1 pun takde dalam kantung nya...Ya Allah! Sedihnya...dapat imagine apa perasaan Mak Long. Cemana ye, tetiba kantung boleh jadi kosong? apa pun..semoga Mak Long tabah & redha dgn ketentuan ini.

Sunday, December 4, 2011

Green Velvet...ada brannnn??

Hahh..semalam kami ber bbq ramai2...macam2 menu lah ...bihun, mee, spageti, nasik jagung, kek, triffle, buah & of course lah ayam,udang & ikan bako...

sungguh syeronok...& alhamdulillah cuaca semalam baik2 je...kenyang makan2 & borak2..

semalam kawan Mama bawak Red Velvet....so sempat la merasa RV tu..sedap jugak tapi agak manis, mgkn cheese frosting tu kot, tak sempat nak nikmati betul2..

hari ni, macam bosan2 je jadi Mama decide nak baking lah...buat dalam paper cup kecik2...nahhhhh Green Velvet Cup Cake..ok tak? ok tak?



ooo gelak ehhh...tak baik tau....
iye lahhh...acah je....hehe cupcake bodo2 je ni..hehe....

Macam tak cukup...

Hmmm...bila cuti skolah...mcm tak cukup masa je melayan kerenah budak2 ni...bila si abang mintak sesuatu, si adik pun ngikut la jugak mintak...so ulang-alik ke dapo je la keje Mama...nasib le rumah sekangkang kera...tp penat le jugak, bangun duduk bangun duduk....gelas pinggang dlm sink pun cepat je penuh...

Ish apa Mama ni bebel ke bersungut?tak baik tau.............
Emmm ye lah..sekadar meluahkan...terasa penat lak 3-4 hari ni..macam Ayah OS je rasanya...mula2 Ayah busy, pahtu Ayah demam, pahtu sambung kebizian lagi...adudududu....mencabar betul kudrat Mama yang remaja ni..

Apo nak buat, dah itu job scope nya...layannn...

Friday, December 2, 2011

"Sayyidul Istighfar"



Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada sore hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk surga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk surga. Sebar-sebarkan dan semoga mendapat keampunan Allah.

**dipetik dari fb Dr. Tengku Asmadi

InsyaAllah sama2 kita mengamalkannya..

Thursday, December 1, 2011

Kenapa MALAS???

Di saat dan ketika ini...
kami tinggal bertiga je..Ayah gi opis..hancur harapan nak ajak keluar malam ni..tadi Ayah balik dgn muka ala2 tak sihat...suruh buat air asam jawa...lepas mandi lepas makan, Ayah siap2 nak g opis...ehhh sihat pulak ye? Ermmm...Mama pun biarkan je la...tanpa menyuarakan hasrat di hati..kekonon nak beli telur, esok boleh la godek2 buat kuih utk hilangkan bosan..gini gaya, pagi esok Mama heret je la A&A keluar g kedai...

Sehari dua ni....Ayah ada macam Ayah x de jer rasanya....macam Ayah gi ostesen...cuma bezanya, tgh2 malam ada je tido kat katil tu ha...busy bebeno lak ..harap2 sampai esok je la busy nya tu..menyampassss!

Mama pulak tah kenapa 2-3 hari ni asik menung je...macam2 pikir...biz dah lama x operasi, nak promote mmg tak ler...harapkan org datang nak order je lah...huhuuu...buat page konon, tp tak pernah nak guna utk promote produk yg tak seberapa tu..ishhh...kenapa ni?kenapa ni???

Jawapan nya....ENTAH...semangat yang hilang agaknya...puhhhh puhhhhhh kena tiup semula bagi semangat membara-bara..

Menunggu-nunggu...

Selamat petang!
Tatau nak post apa kat blog ni..cerita tiap2 hari sama je...bangun tido, basuh baju, sidai baju, mandi, masak, makan, fb, fb, fb...

ehh dah masuk disember rupanya kan? bulan 11 dah berlalu pun....dgn mcm2 event...tapi 1 benda lagi belum selesai ni...tunggu sesuatu yg belum kunjung tiba...tunggu apa? surat cinta dari Encik Nuffnang...hehe