..........................................................

Friday, June 24, 2011

Dan lagi...

Hishhh.. bikin HOT betul la kan...semalam 3 jam takde letrik...hari ni, dia buat lagi rupanya...tp hari ni 2 jam lebih..serius bengang! semalam, dah petang baru boleh jemur baju..hari ni, makan nasik lembik la pulak daku...dek kerana mati karen. Mama ni kureng reti lah masak nasik guna dapur gas. Kalau guna dapur gas, alamatnya Mama tunggu depan periuk la...kejap2 buka, kejap2 buka periuk tu nak tengok dah masak ke, kering ke, hangit ke...hari ni tah cemana terlebih curah air kot, lembik ler skit nasik tu. Hishhh..! Sedap2 ku masak ayam asam pedas, skali nasik lembik la pulak. Ahh lupakan itu ye. Kita citer lain pulak.

Tatau la nak citer apa sebenonya...letih dah ni pikirkan minggu depan nak kena tinggal lagi. Ayah ke Kuching pulak ahad ni.. utk audit. Kalau siap awal, bole balik selasa, kalau tak siap awal, kirim salam je la nak balik cepat, sbb rabu jugak la baru boleh balik...hmm doa2 la Ayah cepat2 siap keje ye. Ingat kan dah selesai audit mggu dpn ni, aman lah sudah kan...skali semalam dapat berita yg Ayah kena hadirkan diri di Putrajaya pulak pada minggu lagi satu....sehari je la. Aduiii letih P.A Ayah ni susun jadual tau...

Hari ni dah jumaat...malam ni kita soping2 lah, esok hari tanpa plastik, lusa Ayah nak pegi...uwaaaa...tinggal lagi...alah, takpe...ku dah biasa.

2 comments: