..........................................................

Thursday, December 23, 2010

Apa ada pada gaya?

Hehe...semalam tengah bosan2, Mama tulis note ini..konon nak publish kat FB tapi tak sampai hati. Sebab Mama bukannya pandai nak menulis2 ni kan...so hari ni Mama copy dari draft note FB & paste kat blog je...kat blog x ramai yang baca.huhuuu...ok..jom la baca kalau sudi.

Minggu lepas saya ke Giant, beli sedikit barang. Dan kisahnya bermula ketika beratur hendak membayar. Di depan saya ada seorang wanita sedang membayar. Agak banyak juga barang-barang yang dibelinya. Tettt...tiba masa menghulurkan wang. Tetapi wanita tersebut menghulurkan kad kredit. Berkali-kali juruwang di kaunter itu "swipe" kan kad kredit, tapi mesin nya tetap tidak dapat membaca kad kredit itu. Banyak kali. Memang banyak kali. Juruwang itu memang tanpa jemu mencuba & tanpa sebarang rungutan pun. Wanita tersebut pun nampak tenang saja. Bilangan orang yang beratur di belakang saya dah makin bertambah. Saya pun mengeluh jugak sebab saya hanya membeli 3-4 barang, tetapi kena tunggu sangat lama.

Setelah agak lama menunggu, wanita itu lalu mengeluarkan beberapa keping duit RM50. Baru saja nak dihulurkan kepada juruwang, tiba-tiba mesin kad kredit itu zret...zret....zret...ohhh..boleh pulak! Tak jadi lah dia membayar secara tunai. Ok. Itu saja cerita nya.

Apa masalahnya dengan cerita ini?

Nak tahu tak macam mana rupa wanita si pembeli itu? Dia tinggi. Agak menarik wajahnya. Tidak bertudung. Pakaian sangat ringkas, berseluar jeans paras betis dan t-shirt merah. Umur lingkungan lewat 30-an mungkin. Handbag dia? Tiada handbag. Dia hanya bawa beg kecil yang hanya muat kad kredit sahaja. Boleh bayang tak macam mana gaya wanita itu? Pada fikiran saya, dia memang orang berada. Saya memang "admire" gaya dia. Ringkas, tapi bila pandang memang nampak kekayaan dia tu.hehe...itu sebab lah juruwang itu tak berani nak cakap "cik, kad nda boleh dibaca bah". Kalau setakat nampak macam orang "biasa-biasa", sekali dua error je, terus juruwang dah give-up. Dan dialog tadi lah yang bakal diucapkan kepada si pembeli.

Kesimpulan nya....? Entah!
Bagi saya, sangat lah perlu bergaya seolah-olah kaya walaupun tak kaya sebenarnya. kan?
Tapi tidak lah bermaksud, kena berpakaian dan beraksesori yang mahal-mahal. Sebab wanita yang saya ceritakan tadi, tak nampak mahal pun! Handbag pun tarak! hehe...Kalau tak kaya tapi nak beli semua yang orang kaya-raya beli, itu dah jadi "biar pape asal bergaya" la pulak. Apa yang penting, keyakinan diri. Cara bercakap + ilmu yang ada turut menyumbang ke arah keyakinan diri. Kalau pandai bercakap, ilmu tak berapa nak banyak...hampeh!! Kena gelak ada lah kot.

Pendapat anda?

4 comments:

  1. pada pendapatan saya yg takde pendapatan nih kan..hihi..gaya tu perlu..bkn la kena beraksesori mewah semua..yg penting org takde la nak perlekehkan kita..nak2 kalo keluar shopping ke apa kan..selalunya camtu laa..sbb pernah jugak alami situasi mcm tu..swipe 2-3 kali kredit kad,tak dpt..dah kena sound..kdg2 cara dan gaya kita tu amat penting..main peranan semua tu..cuba pegi butik branded2 tu kan..pakai baju lusuh ngan selipar buruk jek..ada org nak layan? huhu..tp kalo laling ai dia selamba aje..dia suka buat camtu..saje nak ngeteh katanya..padahal mmg takde duit pun..hahaha..

    ReplyDelete
  2. pendapat sy,bergaya x salah asalkan ada batas,dan jgn smpai jd "biar papa asal bergaya" berbelanja ikut kemampuan,manusia ni macam2 ada,kalau boleh nk kongsi sikit 1 kisah dgn sejenis manusia yg pernah sy jmp ni sbg pengajaran tuk semua,kerja gajinya x seberapa,tapi kemahuanya lebih,pakai kereta mahal2 x main jenama2 malaysia ni,dpt gaji bulan2 byr rumah,kereta,itu ini,yg tinggal tuk belanja harian cuma RM100 lbh sebulan,zaman skrg ni RM100lbh apa nak mkn,susu lmpin anak pun dah berapa,tiap2 hari pergi kerja ikat perut dgr pun kesian.tp tu lah manusia ni nafsu lebih besar drp kemampuan diri itu lah jdnya..kesimpulanya belanja dgn kesederhanaan/wasatiah itu lebih baik.

    ReplyDelete
  3. tq zie & eryn for your great response...
    betul sangat2 tu....gaya kena ada supaya x diperlekeh, tapi kena jaga jugak jgn sampai melebihi kemampuan.

    ReplyDelete
  4. apa2 pun sendiri mau ingat la kan..jgn sbb nak bergaya,utang plak keliling pinggang..nak mkn pun tak lepas..tu dah kes lain tu..cuba tgk chinese..kdg2 kita tgk kemain selekeh jek pakaian dia..padahal duit berkepuk-kepuk..org cina kan,slalunya payah kita nak tau kaya ke tak..sbb diorg kalau dr segi penampilan tu npk biasa2 je..ngan t-shirt,seluar pendek,selipar jepun jek kalo gi soping2..org kita? payah nak jumpe style camtu..kalo yg melaram kalahkan mak datin tu pun belum tentu byk duit..huhuhu..

    ReplyDelete