Hehe...semalam tengah bosan2, Mama tulis note ini..konon nak publish kat FB tapi tak sampai hati. Sebab Mama bukannya pandai nak menulis2 ni kan...so hari ni Mama copy dari draft note FB & paste kat blog je...kat blog x ramai yang baca.huhuuu...ok..jom la baca kalau sudi.
Minggu lepas saya ke Giant, beli sedikit barang. Dan kisahnya bermula ketika beratur hendak membayar. Di depan saya ada seorang wanita sedang membayar. Agak banyak juga barang-barang yang dibelinya. Tettt...tiba masa menghulurkan wang. Tetapi wanita tersebut menghulurkan kad kredit. Berkali-kali juruwang di kaunter itu "swipe" kan kad kredit, tapi mesin nya tetap tidak dapat membaca kad kredit itu. Banyak kali. Memang banyak kali. Juruwang itu memang tanpa jemu mencuba & tanpa sebarang rungutan pun. Wanita tersebut pun nampak tenang saja. Bilangan orang yang beratur di belakang saya dah makin bertambah. Saya pun mengeluh jugak sebab saya hanya membeli 3-4 barang, tetapi kena tunggu sangat lama.
Setelah agak lama menunggu, wanita itu lalu mengeluarkan beberapa keping duit RM50. Baru saja nak dihulurkan kepada juruwang, tiba-tiba mesin kad kredit itu zret...zret....zret...ohhh..boleh pulak! Tak jadi lah dia membayar secara tunai. Ok. Itu saja cerita nya.
Apa masalahnya dengan cerita ini?
Nak tahu tak macam mana rupa wanita si pembeli itu? Dia tinggi. Agak menarik wajahnya. Tidak bertudung. Pakaian sangat ringkas, berseluar jeans paras betis dan t-shirt merah. Umur lingkungan lewat 30-an mungkin. Handbag dia? Tiada handbag. Dia hanya bawa beg kecil yang hanya muat kad kredit sahaja. Boleh bayang tak macam mana gaya wanita itu? Pada fikiran saya, dia memang orang berada. Saya memang "admire" gaya dia. Ringkas, tapi bila pandang memang nampak kekayaan dia tu.hehe...itu sebab lah juruwang itu tak berani nak cakap "cik, kad nda boleh dibaca bah". Kalau setakat nampak macam orang "biasa-biasa", sekali dua error je, terus juruwang dah give-up. Dan dialog tadi lah yang bakal diucapkan kepada si pembeli.
Kesimpulan nya....? Entah!
Bagi saya, sangat lah perlu bergaya seolah-olah kaya walaupun tak kaya sebenarnya. kan?
Tapi tidak lah bermaksud, kena berpakaian dan beraksesori yang mahal-mahal. Sebab wanita yang saya ceritakan tadi, tak nampak mahal pun! Handbag pun tarak! hehe...Kalau tak kaya tapi nak beli semua yang orang kaya-raya beli, itu dah jadi "biar pape asal bergaya" la pulak. Apa yang penting, keyakinan diri. Cara bercakap + ilmu yang ada turut menyumbang ke arah keyakinan diri. Kalau pandai bercakap, ilmu tak berapa nak banyak...hampeh!! Kena gelak ada lah kot.
Pendapat anda?