..........................................................

Wednesday, October 31, 2012

Kerja kosong!!

"Pembantu Peribadi diperlukan. Imbuhan berpatutan, bekerja dari rumah. Lelaki atau wanita yang bujang. Kreatif, inovatif dan boleh bercakap dan menulis dgn baik dlm Bahasa Malaysia dan English. Biasa menggunakan perisian microsoft word dan powerpoint. Tidak merokok! Berminat? Sila hubungi saya. TQ." Pagi ni di fb, kawan lama Mama post statement di atas. Kawan Mama ni slalu masuk TV gak la. Mungkin banyak jemputan sana-sini utk berdakwah. Dia tak kesah pun walaupun dah kawen, syarat nya boleh ke mana2 jika perlu utk setelkan urusan. Hmmm nak apply ke? Tapi pikirkan hari2 mendatang ... mcm x boleh je..hehehe..

Tuesday, October 30, 2012

Sambut orang baru..

Petang semalam kami pergi Hospital Putrajaya. Sampai sana lagi 5 minit je kul 7. Patut kul 7 dah xleh naik...tapi buat bodo je la..Guard tak pulak tahan. Tapi yg x syok kena naik sorang2 la sbb kids tak boleh naik wad. Masa sampai sana, both baby & maklong belum keluar dari OT. Tapi sekejap lepas tu baby pun keluar. Wahhh seronoknya dapat jumpa baby baru lihat dunia! Fresh from oven gituuuu kan. Lama tunggu maklong tak keluar jugak...last2 A&A pun dah bising kelaparan. Maka kami balik je lah. Esok2 mungkin pergi sana lagi. Ini lah baby Hani Sofea. Jangan memain, keluar2 je terus ada nama tau. Jaman teknologi. Hehehe...

Wednesday, October 24, 2012

A simple dinner..

Petang semalam ada paso malam tapi macam dah boring pulak nak makan menu paso malam tu...ingat nak makan ringan2 je la malam ni.. skali kul 6 tu Ayah ajak keluar konon nak makan nasik beriyani kat kedai Mamak yg pernah menjadi favourite Mama dolu2...kat Bangi tu je. Pegi sana, tehingin gak tengok nasik briyani tapi macam x selera la pulak...tekak meminta2 roti canai...sedap wooo request yg garing2 punya, cicah pulak dgn kari ayam..sedapppp...macam makan kat Kedai Pakcik Kopiah..hehe... terubat rindu kat sdk..hehe... Balik rumah, dah agak semua akan lapar semula...Ayah offer nak beli makanan kat paso malam...tp takpe la, masak je simple2... jadi lah menu ni..hmm berebut2 jugak masing2 makan. Layannnn.

Sunday, October 21, 2012

Melawat Planetarium..

Hari sabtu.. Last minute plan nak bawak A&A gi melawat tempat2 ilmiah skek...pikir punya pikir, last2 sampai le kat Planetarium ni ha... masuk je ruang pameran, borsorak si abang...happy bebenor dia...seme benda dia nak cuba, seme benda dia tanya sampaikan kita x reti nak jawab! Masuk sini free je. Kalau nak tengok dia punya show baru kena bayar....alaa mcm tgk wayang gitu la kot..ntah Mama pun tak sure! Yang pasti dorang enjoy kat situ...alah, sesekali kan melawat tempat camni, elok utk kesihatan....hehehe..meleleh peluh panjat bukit.haha

Thursday, October 18, 2012

Bila nak mula??

hi all.. takde cerita nak cerita.. cerita kat sini, tak abih2 jalan, jalan, jalan & jalan... pastu makan, makan, makan... setelah 2 malam kat sini Atuk & Nenek dah balik teganu kejap tadi.. insyaAllah kalau takde aral, minggu depan kami nak balik sana gak....balik tengok orang tumbang lembu...tahun ni kami x masuk korban pun..uhuk uhuk.. sepanjang sebulan kat sini, baru 2 kali je baking...itupun takat brownies je.. nak lebih2 belum rajin..hehe...tengok lah kalau rajin kita panaskan enjin slow2 ehh.. ini duta produk Mama..hahaha...terbaekkkk!

Monday, October 1, 2012

Di tempat baru..

assalamualaikum.. bersiaran dari kediaman baru di BSP.. insyaAllah akan bermastautin kat sini selama setahun setengah.. environment?saaaangat best!! rumah pun ok la..lega lagi melegakan..hehe.. yg best nya sejak pindah sini, asik melayan tekak je..gemuk ler Ayah jap lagi..hahaha...