Salam jumaat...
suka...suka...sebab cuti 3 hari esok lusa & tulat..
kenapa cuti?sebab sebagai menghormati Hari Ulangtahun Kelahiran Baginda Rasulullah saw.
Minggu ni kat siaran2 tv, banyak program yg menyentuh tentang kisah2 Rasulullah saw. Antaranya 30 Minit Ustaz Don, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah....hehe itu je yg Mama tahu, mungkin ada lagi kot tapi x sempat nak hadap tv selalu kan..
Yang Mama x tinggal ialah 30MUD la..tiap2 malam tunggu pukul 10. Aipp sori jgn ada yang salah anggap pulak..bukan le nak menunjuk2..takde makna nak menunjuk2, spatutnya Mama malu ada laa sbb dah tua2 macam ni baru nak mencari gali ilmu yg orang lain dari kecik2 dulu dah tahu. kan?kan? masyaAllah....banyaknya cerita2 Nabi saw yg Mama tak tahu...teruk betul! Cemana nak sahut seruan agama utk cintai Nabi saw kalau x tahu apa2 pun mengenai Baginda. Terima kasih Ustaz Don!! Seronok dengar beliau bercerita...terasa seolah2 budak tadika sedang dengar cikgu nya bercerita.
Tadi pulak sempat tengok Tanyalah Ustazah..sekejap je la sempat tengok sebab hari ni Afiq balik awal, bila dah sampai rumah gegak gempita la jadinya..hishhh! kacau betul. Antara part yg membuatkan hati tersentuh tadi apabila Ustazah Norhafizah cerita mengenai sebatang kayu yg Nabi saw sentiasa pegang semasa baca khutbah menangis apabila Nabi saw mendapat kayu yg baru. Menangis kayu tu sebab rindukan Rasulullah saw. MasyaAllah....kayu pun tahu cintakan Nabi, kita ni apa cerita? sekelumit perasaan pun takde ke utk kasih & sayangkan Nabi saw?
Selawat dan salam kepada Baginda Nabi Muhammad saw .......
ingat ye, dengar nama Baginda, selawat tau..nanti Malaikat kata "celaka, celaka, celaka" kat kita..Na'uzu billahi min zalik