..........................................................

Friday, September 30, 2011

Esok dah Sabtu ye..

Yayy dah jumaat pun. Hari ni hari kedua Afiq cuti. Esok sabtu, kelas muzik pun cuti sebab Agong's birthday. Jadi apa plan untuk esok ye? Tugasan Mama ada je, tapi sebab customer tak kesah nak bila2 jadi x buat le lagi.

Weekend ni macam nak try baking lah...kek yg dah lama orang duk buat tapi Mama baru je nak coba-coba. Entah jadi entah tidak..huhuu...meronta2 nak buat tapi bahannya lak x cukup. 2-3 malam ni kalau keluar, tak beli pun sbb rushing ke situ sini. Dengan ribut lagi. Jadi tengok la kot2 malam ni free, bole la beli bahan.

Thursday, September 29, 2011

Dapat gaji...

Alhamdulillah...di petang yang hening ini Mama dapat gaji..wah??? bila masa nya pulak Mama keroje nih??

Tak ler...dapat le bayaran tusyen yg tak seberapa tu. Sekarang dah tambah lagi sorang anak didik..maka tiap2 hari la Mama kena ngadap sekarang. Rezeki jangan ditolak kan...sape tak suka keje yg tak yah kuar modal ni kan. Kuar modal air liur je la skit. Hehehe...

"Ya Allah berkatilah ilmu yang aku dah kongsi dengan anak2 didikku itu..aminn"

Lena yang panjang..

Semalam kan, Mama tido syok sangat...
Dah nak bangun solat subuh baru teringat kat anak dara..tetiba terpikir eh kenapa Alisya x bangun mintak susu semalam? Pahtu tengok katil Alisya takde orang. Aikk? Jatuh katil ke anak mama?

Rupanya terselit sebelah Ayah...huhuuu..Ayah kata semalam Alisya bangun kul 12 tak nangis pun, terus keluar dari bilik. Lepas tu la dia tido dengan Ayah...sampai ke pagi.

Sungguh seronok kalau tiap2 malam Alisya tak bangun mintak susu dah, kan? Hmmm...

Wednesday, September 28, 2011

Sukan si anak bujang..

Seperti yg dah dirancang pagi ni berlangsung la acara sukan utk seluruh Tabika Kemas daerah sandakan..seawal 7.30pg kami dah gerak pi padang kat bando nun..time org gi keje, merangkak juga la kereta nak bole sampai ke destinasi.. sampai sana Ayah tunggu kejap je pahtu Ayah terpaksa balik opis.

Afiq main futsal dgn 7 kawan dia yg lain. Alahai kalah 2-1. Takpe lah Afiq, janji Afiq & kawan2 dah cuba kan....

Yang hebatnya dorang non stop main/berlari/melompat dari mula sampai hingga nak balik..ada la dlm 4 jam...hasilnya, kaki dah melecet. Mama lupa bg stokin. sorry ehh..

Tuesday, September 27, 2011

Kelas lagi..

Dah lama tak gi nuntut ilmu..hari ni daftar diri kat kelas lagi la...Ayah pun ok ada sikit time free nak jaga A&A..so ok lah..



Monday, September 26, 2011

Wajah2..

dah lama tak upload gambar anak2nda...

ni gambar terbaru..



suka nak ikut mama solat...dengan telekung yg nenek bagi tu.



gaya posing ala2 cover album macam artis...wakakaka...iyo lah tu mama..

Sunday, September 25, 2011

2 hari 3 malam yang meriah.



salam penghujung syawal..cewahh..
ye la, pejam celik syawal pun dah nak abih...jemaah haji pun dah mula nak terbang ke Tanah Suci.

Hujung minggu yg meriah..dah macam 1 syawal baru menjelma aje. Kisahnya bermula dari Jumaat malam. Lepas ambik Ayah di airport, terus singgah rumah Cik Eila..wahh dijamu laksa kedah. Lepak tak hengat nak balik...huhu..

Sabtu pagi pulak awal2 dah kena baking sbb nak kena hantar kat customer before kul 12..dia buat open house. Ok..setel deliver kuih...lunch kami di open house rumah bos Ayah pulak. Dalam kuarters saja...lepas gather2 di rumah bos tu...ada yang datang singgah rumah kami pulak...segan je sbb tak prepare apa2 pun..tak sempat kan..Mama just dapat hidang brownies & keropok keping je..takpe la kot sbb masing2 pun still kenyang..kehkeh...

Pukul 5 rushing ke kelas muzik Afiq pulak...lepas isyak kami ramai2 beraya rumah Adam pulak. haha...kali ni pun macam lepak tak reti2 nak balik...ye lah, ramai kan..masing2 tak abih nak citer story masing2...anak2 toksah cerita la...mmg sakan!

Cerita Ahad pulak...ke open house rumah Najwa pulak...lepak lagi..malam ni ingat reda sudah..ohhh rupanya ada yang nak dtg beraya...oohhh kami ok je...sempat lah hidang bihun sup bodoh2 je..hehe...

Sekarang alfenatzzzzz......
mari la menginsafkan diri ...sebab 2 hari 3 malam ni macam tak ingat donia..

Thursday, September 22, 2011

Syawal dah nak abih...

haiiyaa...dah nak abih syawal rupanya..tak jugak berkesempatan nak berpuasa di bulan syawal ni..niat baik malaikat tulis kan? hehe...

dah 2 petang takde Ayah...turun la kami ke playground tu lepak2..afiq alisya jumpa geng, mama pun jumpa geng..boleh laaaa hilangkan bosan ni kan..pastu kan, kawan baru mama tu pulak husband dia kursus 2 minggu, tu sebab mama turun bawah tu...borak2 dgn dia..kalau tak, siannnn dia x berapa nak ada kawan lagi..

seperti biasa takdok gambar...ni bersiaran dari lappy ayah...tak reti ehhh nak godek2 masukkan gambar..ni pun baru belajar dgn ayah cemana nak connect broadband..biasa, take thing for granted..selagi ada orang bole tlg ...xd nak belajar...macam bukak botol kicap!! sampai sudah mama tak reti nak bukak...huhuuuu

Wednesday, September 21, 2011

Ayah @ KL

Hari rabu..
12 lebih tadi Ayah gi airport...terbang ke KL lagi Ayah. Baru 2 minggu balik dari KL..tak aci tak aci. Seperti biasa transit KK...kul 8-9 mlm nanti baru sampai KLIA.
Esok seawal 8 pagi Ayah dah kena reg kat INTAN Kiara. Taklimat untuk HLP, biasiswa yang Ayah baru dapat tu. Hmmm suspen jugak Mama kat rumah nak tau apa laaaa info yg dorang nak bagitau nanti. Apa2 pun doakan Ayah dipermudahkan segala urusan & dapat info yg menyenangkan sahaja...huhuhuhuuu takot.

Malam ni tinggal le bertiga..esok lagi satu malam. Sekarang tgh hujan & guruh. Takut tapi buat2 tak takut. Dah bentang tilam kat ruang depan ni...harap2 lena la budak2 ni malam ni.

Tuesday, September 20, 2011

Keguguran ...?

Petang tadi staff sini dapat pelepasan balik keje jam 3.30ptg...sebab 4.30 ada game bola tampar. Hari ni staff lelaki je. Mula2 kitorang tak pegi tengok pun..just main2 kat playground je. Afiq la ajak gi tengok Ayah main...jalan le menuju ke court. Lepak2 la kejap. Pompom girls Ayah sekerat padang..huhuuu...Macam ni kalau Ayah ada gi main, Mama kena turun padang jugak la nampak nya...tak bole jadi...tak bole jadi....(jeles kerrrrr?)....syusyah gak ye bila kena pegang bengkel ramai fomfuan ni...hemmm.

Mula2 bosan jugak duk sorang2 kat tepi court tu..pastu makin lama makin ramai staff & bini2 staff datang..sampai maghrib jugak le kami kat sana.

Hehe...duk tepi court kami pakat duk tengok la perut pemain mana yg paling maju...huhuuu...takpe, lepas main tu confirm keguguran lemak berlaku dengan jayanya. Kurang la perut dalam setengah inci malam ni. Heehehe

Monday, September 19, 2011

Juadah segera..

Tengahari semalam sempat membungkus popiah..petang ada orang datang, habis separuh. Huhuu...hari ni sambung buat lagi sebab alang2 ada lagi bahan2 nya...boleh laaa...senang pulak simpan stok macam tu, orang datang terus goreng je..



ok, jap lagi nak gi beraya ni..jom sape nak ikut. Raya dalam kuarters ni je. huhuuu jadi la...

Sunday, September 18, 2011

Ini saja yang ada...



3 jenis je kuih raya kat rumah Afiq..hehee..sedih kan? Nak beli kerepek2, mana ada jual sini...last2 Mama beli jajan buh dalam bekas kuih jugak...jadi ler...hihi.

Saturday, September 17, 2011

Raya dah bermula...

Yayyy..hari ni dah bermula raya2 di sdk pulak...sebab?hari ni kawan2 datang rumah kami. Tak ramai pun dua family je. Mama tak tau nak masak apa. Hehe..Mama rebus lemang segera, buat rendang ayam...hehe...ok la tu kan. Oh yaa..saat2 akhir, sempat la buat choc cake sebijik. Nampak macam tak cukup je....terus goreng kopok lekor yg dah tinggal beberapa batang je lagi tu..dah rezeki dorang kan..goreng, terus licin. Alhamdulillah.... esok2 kena standby buat makanan2 la pastu buh kat freezer, orang datang terus boleh goreng je. Kan kan kan?

Kawan2 pun dah beransur pulang semula ke sdk..minggu depan bole la beraya & beropen house..

Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia di Tadika

Jumaat 16 sept...ada sambutan merdeka di skolah Afiq. Boleh katakan seme ibu bapa hadir jugak. Sesak juga la tadika Afiq yg kecik cinonet tu. Lepas nyanyi ramai2, ada pertandingan nyanyi solo pulak. Afiq tak masuk pun...tau je lah, anak bujang saya tu kan pemalu ...huhuuu....lepas tu ada pertandingan mewarna. Yang ni Afiq join la..dapat saguhati je.


cikgu bagi ucapan.


pertandingan mewarna




bergambar macam pengantin baru afiq & aina



hadiah disampaikan oleh isteri Pengarah ilpsdk

Thursday, September 15, 2011

Esok @ Tadika

Salam 1Malaysia..ececeh tetiba jadi patriotik pulak. Ye la esok kan cuti Hari Malaysia..ke apa namanya?

Esok cikgu skolah Afiq jemput parents gi skolah..ada sambutan hari merdeka lah kononnya..ada nyanyi2 dan pertandingan warna. Excited jugak nak tengok anaknda ni menyanyi. Minggu ni asik dgr dorang praktis nyanyi je..nak la tengok persembahannya pulak.

Al-kisahnya Afiq ni tak lancar sangat nak nyanyi lagu tadika tu...suruh la Mama ni ajar..Ayah pun cari le kat youtube...nasib le ada..so ajar la nyanyi..dengan alisya skali duk mengapal. Kelako kelako...

Part paling kelako, selesai je nyanyi ...afiq kata "kesian terima kasih" ....sebut betul2...KESIAN terima kasih..aduhai anak ku.

Wednesday, September 14, 2011

Raya di opis Ayah...

ohhh pagi tadi Mama busy di dapo...siang2 apa yg patut, potong apa yg patut..Ayah suruh Mama goreng bihun utk Majlis Raya di opis Ayah. Memula berangan la nak buat kek la..fruit cocktail la...tapi sudahnya Bihun Goreng aje. Angan2 semata....
goreng 2 bungkus bihun je, tapi kecoh bagai nak rak...huhuuu..

Dalam kul 11 lebih tu , tetiba orang ketuk pintu..hehe, rupanya student Ayah datang hantar rendang daging. Alhamdulillah rezeki utk lunch nampaknya. Selamat takyah masak dah...utk afiq & alisya, Mama buat mee tumis je..Malam ni pikir menu lain..ini pun baru lepas buat fruit cocktail...ada jiran cakap nak datang beraya malam ni. Boleh la hidang tu dgn kopok lekor. Hmmm....fruit cocktail & kopok lekor....elok bebenor la tu.

Tuesday, September 13, 2011

Pokok Cili..

Tau tak? sepanjang 3 minggu bercuti, asik ingat kat pokok cili Mama je. Masa tinggal tu dah keluar pun cilinya dalam 0.5cm...sampai rumah je terus Mama terkam balkoni. Gini la gayanya pokok cili tu skrg...

sedihhhhh...



kutip jugak la cili ni walaupun dah kering..nak jugak merasa... Mama nak sahut cabaran acik Liza..katanya dulu "acik Nuru kena makan hasil pokok tu dulu baru buleh pindah". Nahhhh....sekarang, cemana? bila nak pindah ni ...??

Monday, September 12, 2011

Kembali ke Sdk semula...

Haloo semua..
fuh fuh fuh, agak kepenatan juga..mcm non-stop je beraktiviti sejak pagi semalam (ahad)...
Semalam, atok nenek hantar pi KLIA...lepak2 jap..jam 12 naik kapal terbang. Waaa syok jugak kali ni balik ke Sdkn beramai2..ada 3 family ILP termasuk kami...landing di KKIA dalam 2.30ptg...next flight utk ke sdk jam 5.50 ptg..bole tahan jugak lama...nasib le dapat tiket business class, ambik peluang le menikmati keselesaan di Golden Lounge. hihiii..
Selamat sampai rumah pukul 7.30 mlm...lega Alhamdulillah...semuanya ok je. Sampai je rumah, apa lagi.....terus capai penyapu la. First thing kemas bilik tido...sapu, mop, cabut cadar, pasang cadar...pastu seluruh rumah la kemudiannya...sian mesin basuh kerja keras jugak dari semalam...segala cadar, selimut, sarung kusyen seme basuh..baju kotor dah semestinya lah kan...

itu cerita semalam...hari ni sambung lagi..mula dgn dapo pulak..abih segala pinggan mangkuk sudu garpu seme dibasuh. Tak sedap lah kalau x basuh...tinggal 3 minggu, sure ada makhluk yg menumpang lalu kan...eeiii.

Ayah cuti lagi hari ni, tapi Afiq dah gi skolah..semangat nak bawak bag Angry Bird agaknya...huhuuu..pilot mat saleh semalam pun tego bag dia smalam..eksen le tu...lepas Afiq gi skolah kami 3 beranak keluar beli barang.. Bawak kawan Ayah skali sbb dia baru bawak wife & baby datang sdk...banyak la jugak dorang tu beli barang. yela...kira mcm baru pindah la kan...teringat pulak masa Mama baru datang sini..same thing, cuma masa Mama & Afiq sampai sini, kereta kami dah ada so senang nak gerak mana2. Dorang keretanya blum sampai jadi kami offer la bantuan yg mana mampu.

aduih...penat menaip sebelah tangan ni..sebelah lagi meriba alisya tido.okeh la...nak rehat2 la kejap.

Thursday, September 8, 2011

Angry Bird..Angry Bird...

Hohohoooo...lagi Angry Bird item in the house!!
Lagi 2 hari nak terbang pulang ke Sdk, akhirnya tercapai jugak impian anak bujang Mama nak bag Angry Bird..kebetulan school bag Afiq yang ELMO tu pun dah rosak. Tapi rosak tang troli nya aje sebenonya, buleh je kalau nak pakai lagi. Takpe la, beli yg ni bagi puaskan hati dia. Sengih sampai telinga.


Tuesday, September 6, 2011

Fresh from oven...baby baru!!

Alhamdulillah pukul 10 semalam Cik Ain selamat melahirkan baby girl seberat 3kg di Hospital Sg Petani.

Baru je dapat mms dari Cik Ain..naaah ini la baby nya...ikut muka ayah dia ni ha..

Monday, September 5, 2011

Menunggu-nunggu..

Pagi tadi Atok, Nenek & Acu dah berlepas ke Sg Petani. Tujuan hakiki nya nak ngantor Acu ke Uitm Arau..tapi dah alang2 Cik Ain nak bersalin, jadi dorang lepak kat Sg Petani la ini malam.

Aduhai sian Cik Ain, dari tengahari tadi masuk labour room, pukul 9 malam ni pun masih belum bersalin. Harap2 malam ni jugak la baby keluar...sian Cik Ain sakit lama sangat.

Sunday, September 4, 2011

Happy besdei...!!!

Dah pukul 11.30 mlm dah ni..tapi masih menggagahkan mata utk ngadap internet..entry utk hari ni wajib buat...entry khas sempena birthday seseorang...hehe

Happy birthday Ayah...yang ke "tujuh balas" bak kata Alisya.

Takde ke mana2 pun hari ni ..duk rumah je, makan , makan & makan....breakfast Ayah beli roti canai..lunch pulak Nenek & aunties buat Nasi Briyani...dah kenyang lunch, Nenek buat pulak Carrot Cake. Wahhh..meriah sungguh besedei Ayah tahun ni ye. Hehe...syekali-syekala kan..

ohh ya... petang tadi Uncle Keril sekeluarga datang..sambil2 duk makan Nasik Briyani tu, sampai pulak Abang Syamil sefamily. Meriah jap rumah petang tadi..itupun Nenek cakap tak sempat nak sembang lama2 dah nak maghrib pun.

Aduihhh...gila ngantuk ni...bye2 dulu lah ye..."bantal...ohhhhh bantal"

Saturday, September 3, 2011

Salam Syawal


Selamat Hari Raya Aidilfitri...hari ni dah pun masuk 5 syawal, baru berkesempatan nak update blog.



Tahun ni sepatutnya turn ber-1 syawal dengan Atok Nordin dulu...tapi atas sebab2 tertentu maka kami balik beraya dengan Atok Ismail dahulu...Hari raya ke-4 kami bertolak semula ke Sg Serai. Dan kami melepak kat sini lah sampai 11hb nanti.

Tadi kami jalan2 naik komuter. hehe..sangat excited budak berdua tu...Kami semua naik ladies' coach..Ayah je la kena gi coach campur2..hehe...Mama pulak punya cerita, sampai kat Stesen Mid Valley, dorang guna pintu yg manual je so penjaga tu suruh buang je tiket dalam kotak yg dah sedia tu..Mama pun laju je buang walhal tiket yg kami beli tu tiket pergi balik...waduhhhh rugi weh rm3!!